Cadangkan Kami




Artikel Kami

Bercerai Kerana Facebook



Pengguna Facebook bagaikan tidak menghadkan umur kepada pelanggannya. Facebook diakui berguna untuk menemukan teman-teman baru dan lama. Facebook nyata banyak membantu penggunanya bertemu semula dengan rakan lama secara online.Kejayaan ini telah meningkatkan nilai tambah Facebook. Fungsi Foto dan tagging juga menjadi faktor utama orang ramai mengemari Facebook.

Penyediaan ruang komen telah merancakkan lagi pengguna Facebook untuk bersembang atau mengetahui perkembangan sesuatu tempat dan sebagainya. Gahnya Facebook apabila  menjadi laman pertama yang dibuka setiap hari oleh penggunanya. Kejayaan Facebook menambat hati pengguna internet terserlah apabila mampu mengenepikan Jaringan Sosial senior iaitu Friendster. Tidak hanya dimanfaatkan untuk mencari teman baru atau lama , Facebook juga dijadikan ruang pengiklanan dan kempen. Sebagai contoh Presiden Amerika Barrack Obama yang memanfaatkan Facebook sebagai tempat berkempen via internet, dan kini mula menjadi ikutan ramai pemimpin lain khususnya di negara kita.

Namun dibalik keunggulannya, perlu diingat untuk kepentingan diri dan persekitaran.Facebook juga mungkin ada bahayanya. Beberapa syntom yang boleh mencapai tahap bahaya Facebook :- 1. Pembaziran masa.Dengan teknologi sekarang selain komputer ,handphone dan sebagainya yang boleh mengakses internet,masa yang digunakan untuk berhadapan dengan Facebook akan berlarutan lama berjam-jam .Pengawalan dan perancangan masa penting untuk mengelak tahap bahaya Facebook ini. 2. Profil pengguna .

Sebaik-baiknya informasi diri tidak diperincikan sangat.Cukuplah setakat yang membolehkan rakan-rakan lama atau baru mengenali kita.Awas! satu keruntuhan rumahtangga telah  dilaporkan akibat si isteri telah meletakkan statusnya sebagai "single".Si suami mungkin rasa tersinggung atau dikhianati. 3. Waspada gambar anda.Gambar-gambar yang dimuat naik mungkin akan menjadi bahan mainan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan tujuan memalukan atau menghina. 4. Gangguan daripada orang yang tidak dikenali.Awas jangan mudah terpedaya atau lemas dengan ayat-ayat perangkap.Ini mungkin amat sedikit namun sebagai ingatan kepada remaja-remaja yang bersemangat mencari teman "online" .Anda berhak untuk menolak pelawaan atau ajakan orang yang hanya anda kenali melalui Facebook. Apa-apa sekalipun manafaatkan lah Facebook untuk kebaikan dan sikap berhati-hati perlu diamalkan demi kesejahteraan diri,keluarga dan komuniti dalam facebook itu sendiri.

Button Kami


Shout Box



Trafik


widgets

Daftar

Nama:
Alamat Emel:
Alamat Blog:
Jenis Blog:

Button Hantar Bawah Iklan Ini

harap maklum setiap blog akan diupdate pada hari ahad setiap minggu

Iklaneka

Backlinks Percuma

Jasa SEO dan Pembuatan Website Backlinks USA Free Backlinks Service at BacklinksUSA.com!