Bahaya Gula Dalam Makanan
Gula juga ditambah sebagai pemanis dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan makanan lain. Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula yang ditambah boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2005, didapati bahawa rakyat Malaysia mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, melebihi daripada jumlah yang disarankan iaitu 50gram atau 10 sudu teh sehari.
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh
Shout Box
Support Kami
Like Fan Page Kami
Berita
Personal
Daftar
harap maklum setiap blog akan diupdate pada hari ahad setiap minggu