Cadangkan Kami




Artikel Kami

kebaikan garam mineral didalam air minuman anda



Garam bukit berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya.

Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Fakta

Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan. Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit. Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut. Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation). Bersifat pengalir yang efisien Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak. Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

KEBAIKAN GARAM BUKIT:

 menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh  melancarkan darah  menyuburkan kesihatan ternakan  membunuh kuman dalam udara

Kelebihan Garam

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Kebaikan Garam Bukit

Mempunyai 84 jenis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
Mengimbangkan tekanan darah.
Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
Menguatkan struktur tulang (kalsium).
Kardiovaskular.
Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
Menganjalkan saluran darah
Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
Melaraskan kelancaran sistem saraf
Membantu pembaharuan semula sel-sel
Membantu pergerakan otot-otot usus
Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan minera
Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
Membantu menguatkan tenaga batin
Dan lain-lain.

Button Kami


Shout Box



Trafik


widgets

Daftar

Nama:
Alamat Emel:
Alamat Blog:
Jenis Blog:

Button Hantar Bawah Iklan Ini

harap maklum setiap blog akan diupdate pada hari ahad setiap minggu

Iklaneka

Backlinks Percuma

Jasa SEO dan Pembuatan Website Backlinks USA Free Backlinks Service at BacklinksUSA.com!