Cadangkan Kami




Artikel Kami

Cara meningkatkan trafik blog

Saya pasti semua blogger kat dunia ni berebut-rebut untuk mengatahui teknik mendapatkan trafik yang tinggi. Paling tidak pun ade juga la orang orang yang membaca apa yang kita tulis kan. Oleh sebab itu pasti rata-rata blogger sedang mencari cara menjana trafik dengan teknik terbaik di blog masing-masing. Saya senaraikan beberapa cara yang anda boleh gunakan..


1. Blogwalking – ini adalah salah satu cara yang ramai blogger-blogger lakukan terutamanya blogger baru. Tidak dinafikan teknik ini memang berkesan untuk menaikkan tarfik sesebuah blog, tapi aktiviti ini sangat memenatkan. Anda perlu menziarahi blog lain dari satu blog ke satu blog. Ok, bagaimana kita boleh mendapatkan trafik dengan cara ini?? Syaratnya adalah kita hendaklah meninggalkan jejak di shoutmix blog tersebut. Anda akan mendapat trafik jika tuan blog itu membalas jejak anda. Kebiasaan nya blogger yang prihatin akan membalas jejak anda..insyALLAH..

macam mana kalo blog tu xde shoutmix atau cbox?? Jom kita try teknik yang ke 2 ni pula..

2. Tinggalkan komen di entry – kalau blog yang anda singgah tu tak ada ruangan shoutmix, anda boleh meninggalkan jejak dengan komen di entry. kalau boleh jangan tinggalkan blog yang anda lawati tanpa meninggalkan jejak. Rajinkan diri anda meninggalkan komen kekal di blog yang anda singgah. Lebih-lebih lagi blog yang mempunyai plugin commentLuv kerana dalam masa yang sama anda juga boleh mempromosikan entri anda pula. Jika blog yang anda komen itu mempunyai trafik yang tinggi, peratus untuk pelawat blog itu klik di entri anda juga tinggi. So, tak salah mencuba kan.. 

3. Penggunaan ping blog – Jangan biarkan entri yang anda post kan begitu sahaja tanpa ping kan ke website-website lain. Tujuan ping ini adalah supaya enjin carian dapat crawl entri blog anda dengan cepat. Caranya sangat mudah dengan copy dan paste sahaja url entri anda di website atau laman sosial yang anda inginkan. Mungkin ramai pembaca yang memerlukan maklumat dari entri anda tetapi tidak menjumpai blog anda. Ini cara terbaik untuk memperkenalkan blog anda sekaligus menjana trafik. Antara laman sosial yang popular yang boleh anda ping kan ialah facebook.com dan twitter.com. Antara website pula seperti di bawah..

  • Pingomatic
  • Pingler
  • IMCurtain
  • Innit-nuffnang
  • Sitesubmiturl
  • Pingoat
  • Pingmyblog
  • Digg

4. Submit blog di google – Jika anda belum lagi submit blog anda di google anda boleh submit di ( http://www.google.com/addurl/ ) . Ini sangat penting untuk blog anda di index oleh google.

5. Link Exchange – Rajin-rajinkan diri anda untuk saling bertukar link dengan blogger lain. Anda boleh letak kan link blog yang anda tukar tu di sidebar.kalau banyak sangat boleh buat satu page khas untuk link exchange ni. Teknik ini juga dapat meningkatkan backlink dan pagerank anda selain meningkatkan trafik.

Harap perkongsian ini dapat menbantu rakan-rakan blogger untuk meningkatkan trafik. Sebenarnya banyak lagi teknik untuk meningkatkan trafik ni. Senarai di atas cuma sebahagian sahaja. InsyaALLAH saya akan menambah teknik-teknik yang ada lagi selepas ini. Jangan lupa cuba ye..:)

Button Kami


Shout Box



Trafik


widgets

Daftar

Nama:
Alamat Emel:
Alamat Blog:
Jenis Blog:

Button Hantar Bawah Iklan Ini

harap maklum setiap blog akan diupdate pada hari ahad setiap minggu

Iklaneka

Backlinks Percuma

Jasa SEO dan Pembuatan Website Backlinks USA Free Backlinks Service at BacklinksUSA.com!