Kepentingan Backlink Dalam SEO
Jika sebelum ini anda ada membaca entri saya sebelum ini mengenai pautan merupakan perkara penting dalam SEO pasti anda tahu entri kali ini berkisarkan mengenai apa. Kali ini saya akan terangkan sedikit mengenai pautan kembali atau lebih dikenali sebagai backlink.
Bagi yang sudah mengetahui mengenai backlink atau pautan kembali ini, pasti ia merupakan satu perkara yang penting untuk mendapatkan nilai populariti sesebuah artikel dan yang paling penting kepada laman itu sendiri. Kerana melalui backlink atau pautan kembali ini akan mempengaruhi laman anda untuk berada di halaman carian (SERP) terutama di halaman pertama.
Backlink atau pautan kembali sangat penting kerana ianya memberikan nilai populariti kepada laman kita. Ingin saya tekankan yang tidak semua pautan kembali ini memberikan keuntungan. Terdapat pautan kembali yang baik dan buruk. Pautan kembali yang baik berasal dari laman web yang berguna dan kebiasannya mempunyai skop atau tema (content) yang sama. Pautan ini membolehkan proses populariti berlaku dengan lebih pantas.
Manakala pautan kembali yang buruk berasal dari laman yang tidak dikenal pasti. Pautan seperti ini perlu dielakkan. Sekiranya anda mendapati ada laman-laman web yang menggunakan pautan kembali ke laman anda, hantarkan permintaan kepada tuan empunya untuk membuang pautan tersebut.
Sekiranya anda seorang yang tidak aktif dalam melakukan pautan kembali, aktiviti membeli pautan boleh dipraktiskan seandainya anda yakin dan tidak kisah mengenai kewangan. Tetapi tidak salah untuk kita praktiskan teknik yang percuma terlebih dahulu.
Cari laman web dengan populariti yang tinggi atau mempunyai PR yang tinggi, hubungi tuan laman untuk berkongsi pautan atau proses pertukaran pautan merupakan langkah pertama yang boleh dilakukan. Ianya amat sesuai dipraktiskan oleh blogger seperti saya. Perlu ingat segala risiko perlu anda tanggung sendiri.
Pautan dalaman atau inbound link merupakan pautan yang menghubungkan laman ke laman dalam satu web yang sama juga sama penting. Penggunaan gambar (image) atau butang bergambar (image button) menampakkan laman lebih menarik tetapi perlu ia adalah pembunuh SEO. Cuba hasilkan teks ringkas untuk pautan memandangkan Agen Carian hanya mampu untuk membaca teks. Sekiranya perlu, pastikan anda menggunakan tag atribut alt pada semua gambar.
Secara kesimpulannya ianya amat berkesan jika anda seorang yang mementingkan hasil carian di enjin carian dan inginkan trafik yang tinggi daripada enjin carian seperti Google dan Yahoo! Jika anda masih ingin mengenai contest SEO Hidup Seorang Blogger yang dianjurkan oleh Denaihati, kebanyakkan pemenangnya mempraktiskan teknik backlink atau pautan kembali dengan anchor text yang betul.
Secara jujurnya saya juga menggunakan teknik tersebut dalam contest SEO tersebut dalam beberapa hari sebelum tarikh tutup contest tersebut dan hasilnya saya merupakan salah seorang pemenang contest tersebut. Oleh yang demikian, anda harus menantikan entri saya seterusnya mengenai tips kemenangan saya dalam Contest SEO Hidup Seorang Blogger. Saya akan terangkan bagaimana saya mendapatkan backlink atau pautan kembali daripada beberapa laman yang lebih berkualiti dan PR yang tinggi.
Shout Box
Support Kami
Like Fan Page Kami
Berita
Personal
Daftar
harap maklum setiap blog akan diupdate pada hari ahad setiap minggu